Skip to main content

Tentang NAS Aircond Bertam

Kisah Kami

NAS Aircond atau dahulunya dikenali sebagai Nurmuhammad Services telah berdaftar PG0337108-P adalah merupakan sebuah syarikat bumiputera yang menyediakan perkhidmatan servis aircond secara professional kepada semua jenis pelangan. Syarikat ini hanya fokus kepada perkhidmatan yang berkaitan aircond sahaja di kawasan bertam.

Ini kerana kami mempunyai misi dan visi yang sangat jelas untuk menguasai pasaran servis dan baiki aircond. Dengan fokus dalam satu perkhidmatan ini kami yakin syarikat mudah untuk di kembangkan bagi mengausai pasaran setempat.

Kepakaran Kami

Dengan fokus kepada perkhidmatan servis dan baiki aircond sahaja, syarikat akan mudah membentuk kumpulan kerja yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang ini. Kumpulan yang di bentuk akan cepat mahir kerana kerap mengulangi kerja-kerja berkaitan aircond.

Syarikat ini telah mula ditubuhkan pada 04 Februari 2014 yang beralamat di No.2114, Kg Tersusun, Kg Tok Bedu, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Pada awal penubuhan syarikat hanya beroperasi di kediaman keluarga. Setelah 3 tahun beroperasi syarikat telah bejaya berpindah ke sebuah kedai Koperasi Lahar Yooi yang beralamat No.2660E, Gerai Lahar Yooi, Jalan Lahar Yooi 13300 Tasek Gelugor Pulau Pinang.

Visi Kami

Nurmuhammad Services menjadi syarikat yang terkenal dalam penyediaan perkhidmatan servis dan baiki penyaman udara di seluruh Malaysia menjelang 2050.

Misi Kami

Penjenamaan

Memastikan syarikat dikenali dengan servis 4K iaitu Kekemasan, Kebersihan, Keselamatan dan Kepantasan.

Pasukan

Membentuk team dan individu yang mempunyai kemahiran yang tinggi, cekap dan jujur dalam perkhidmatan.

Pakar Yang Dipercayai

Menjadikan syarikat sebagai tempat rujukan masyarakat setempat dalam bidang penyaman udara.

Matlamat

Menjadi pembekal alat ganti aircond di Tasek Gelugor, Kepala Batas, Sungai Dua dan Seberang Jaya, Pulau Pinang menjelang Jun 2022.

Pencapaian Kami